KUCHING: Proses mengapungkan kapal MV Tung Sung, yang terbalik berdekatan perairan Sebuyau, kira-kira 103 kilometer dari sini, pada 19 Julai lepas berjaya dilakukan sepenuhnya pada 2.30 petang tadi setelah empat hari usaha itu dilakukan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata susulan kejayaan itu, usaha mencari empat lagi mangsa yang hilang dan disyaki terperangkap di dalam kapal itu akan bermula esok.
"Kapal MV Tung Sung telah berjaya diterbalikkan semula dan telah ditarik ke posisi baharu, sekitar lapan batu nautika barat laut dari Sebuyau untuk memastikan keadaan kapal stabil sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan mengetuai operasi pencarian di atas kapal berkenaan.
Katanya pangkalan hadapan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) di Jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sebuyau akan dibuka 8 pagi esok dan sebarang penemuan mayat akan dibawa ke jeti berkenaan.
Sebelum ini dilaporkan, kapal MV Tung Sung terbalik mengakibatkan seramai lapan kru berusia lingkungan 20 hingga 52 tahun hilang dengan tiga daripadanya warga tempatan dari Sibu yang dikenali sebagai Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Anak Chuit.
Empat lagi mangsa merupakan warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo serta seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.
Empat mayat dipercayai kru terbabit dijumpai nelayan tempatan pada 22 Julai lepas, namun identiti masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Zin Azman berkata susulan kejayaan itu, usaha mencari empat lagi mangsa yang hilang dan disyaki terperangkap di dalam kapal itu akan bermula esok. - Gambar Bernama
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Kapal kargo terbakar, 12 kru diselamatkan
Kebakaran berkenaan dilapor oleh Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.
Aidilfitri: 'Demi tugas kepada negara, semua itu terpaksa dilupakan'
Mendengar takbir raya bergema di tengah lautan biru semasa Hari Raya Aidilfitri membuatkan anggota Maritim Malaysia teringat-ingat dan merindui air tangan ibunya untuk dijamah pada 1 Syawal.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.
OP Khas Pagar Laut rekod nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 104 kes tangkapan dengan nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.